Monday, July 13, 2015
Izin Cinta
Sunday, July 12, 2015
TIDAK PERLU PADA MAZHAB?
Para imam mazhab yang menyuruh manusia untuk berpegang dengan sunnah dan melarang mengikut pandangan mereka dengan membuta-tuli. Jelas kata-kata mereka tidak boleh ditolak atau diputar belitkan lagi. Mereka mewajibkan supaya berpegang dengan dengan hadis sohih sekalipun bertentangan dengan sebahagian pendapat mereka. Sikap sebegini tidak dikatakan keluar daripada mazhab mereka atau keluar daripada manhaj mereka. Bahkan sikap inilah yang sebenarnya mengikut manhaj para imam tersebut dan berpegang dengan tali yang kukuh yang tidak akan putus. Tetapi apabila seseorang meninggalkan hadis Rasulullah saw. yang sohih kerana bersalahan dengan pandangan imam mazhab mereka, mereka sebenarnya tidak mengikut manhaj yang dikehendaki oleh para imam mereka. Bahkan golongan sedemikian adalah golongan yang menderhakai dan menyalahi kata-kata imam mazhab mereka sendiri. Firman Allah swt.:
“Demi tuhanmu, mereka itu tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim dalam menyelesaikan sengketa antara mereka, kemudian hati mereka tidak merasa berat dengan keputusanmu dan menerima dengan setulus hati” (An-Nisa’ 4:65)
Berikut adalah penyataan Para Imam Mazhab supaya mengikut Sunnah dan meninggalkan pendapat yang menyalahinya:
1. Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit rahimahullah berkata, “jika suatu hadis sohih itulah mazhabku[1]”. Katanya juga, “tidak halal bagi seseorang mengikuti pandangan kami selagimana dia tidak tahu daripada mana kami mengambil pandangan tersebut[2]”.
Dalam riwayat yang lain Imam Hanafi berkata, “kami hanyalah seorang manusia. Hari ini kami berpandapat demikian tetapi esok kami tidak berpendapat demikian”.
Antara kata Imam Hanafi kepada anak muridnya Abu Yusuf, “wahai Yaaqub (Abu Yusuf), celakalah kamu!, jangan kamu tulis semua yang kamu dengar daripada ku. Hari ini saya berpandangan demikian tetapi esok saya meninggalkannya. Esok saya berpendapat demikian tetapi hari berikutnya saya meningggalkannya”.
Dalam masa yang lain Imam berkata, “jika saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw., tinggalkanlah pendapatku[3]”.
2. Imam Malik bin Anas menyatakan, “saya hanyalah seorang manusia terkadang salah terkadang benar telitilah pendapatku. Jika sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah Ambillah, jika tidak sesuai dengan Al-Quran dan As-sunnah tinggalkanlah[4]”.
Katanya juga, “perkataan sesiapa sahaja boleh diambil dan boleh ditolak kecuali Rasulullah saw.[5]”.
Dalam satu riwayat Ibnu Wahhab berkata,”saya pernah mendengar Malik menjawab pertanyaan tentang menyelati jari-jari kaki dalam wuduk, jawabnya, “ianya tidak perlu pada seseorang”. Ibnu Wahhab berkata, “kemudian saya tinggalkan beliau sehingga tidak ramai manusia bersamanya, kemudian saya berkata, “kami ada hadis dalam hal tersebut’, dia bertanya, “ bagaimana hadits itu” saya menjawab Laith bin Saad, ibnu Lahi’ah dan Amr bin Harith meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin Amr Al-Mu’afiri daripada Abi Abdurrahman Al-Habali daripada Mustaurid bin Syaddad Al-Qurasyinyi katanya, “saya melihat Rasulullah saw. menggosokkan jari manisnya pada celah-celah jari kakinya”. Malik berkata, “Hadis ini hasan, saya tidak pernah mendengarnya kecuali kali ini”. Kemudian pada waktu yang lain saya mendengar beliau ditanya dengan hal yang sama, lalu beliau menyuruh orang tersebut supaya menyelati jari-jari kakinya”[6].
3.Imam Syafie berkata, “setiap manusia mesti mengambil pandangan Rasulullah saw. dan mengikutinya. Bila aku berkata satu pandangan tetapi riwayat daripada Rasulullah saw. berlawanan dengan pendapatku yang lain. Maka pandangan (mazhabku) apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw.”[7].
Beliau juga berkata, “ apabila kamu menemui dalam kitab tulisanku pandangan bertentangan dengan Hadis Rasulullah saw. maka ambillah hadis Rasulullah saw. dan tinggalkan pandanganku[8]”. Katanya lagi, “bila satu Hadis itu sohih, itulah mazhabku”[9].
Imam Syafie pernah berkata kepada muridnya Imam Ahmad bin Hanbal, “kamu lebih tahu tentang hadis dan para perawinya daripada ku. Apabila ada satu hadits sohih beri tahu kepadaku, tak kira dimana pun perawinya, di Kuffah, di Bashrah atau di Syam. Aku akan cuba menemuinya”[10].
Katanya juga, “setiap permasalahan yang ada hadits shahih daripada Rasulullah saw. disisi ulama hadis, tetapi pandanganku menyalahinya, pasti aku akan mengubah pandanganku, sama ada semasa aku hidup atau setelah aku meninggal dunia”[11].
4. Imam Ahmad bin Hanbal adalah Imam yang paling banyak mengumpulkan Sunnah Rasulullah saw. Dan berpegang dengannya sehinggakan beliau benci mengumpulkan kitab-kitab yang mengandungi masalah cabang dan pandangan manusia.
Antara kata-kata beliau, “jangan kamu bertaqlid kepadaku atau kepada Malik atau As-Syafie atau Al-Auza’ie ataupun As-Shauri tetapi ambillah daripada mana mereka mengambil pandangan tersebut”[12]. Katanya lagi, “pandangan Al-Auza’ie, pandangan Malik, pandangan Abi Hanifah semuanya pandangan sahaja. Sama sahaja ianya disisiku. Tetapi yang menjadi hujah adalah Athar (Hadis Rasulullah saw. dan pandangan sahabat)”[13]. Antara kata-katanya juga, “barangsiapa yang menolak Hadits Rasulullah saw. dia berada di jurang kehancuran”[14].
[1] Ibnu Abidin dalam kitab Al-Hasyiyah (1/63) dan kitab Rasmul Mufti (1/4) daripada kumpulan tulisan Ibnu Abidin. Juga oleh Syeikh Saleh Al-Falani dalam kitab Iqazul Al-Humam halaman 62.
[2] Ibnu Abdul Bar dalam kitabnya Al- Intiqa Fi Fadhail As-Shalasah Al- Aimmah Al-Fuqaha halaman 145, Ibnu Qayyim dalam I’lamul Muwaqqi’in (11/309), Ibnu Abidin dalam Hasyiyah Al-Bahri Ar-Raiq (VI/293) dan Rasmu Al-Mufti halaman 29 dan 32 serta Sya’rani dalam Al-Mizan (1/55).
[3] Al-Falani dalam kitab Iqazul Humam halaman 50.
[4] Ibnu Abdul Bar dalam Al-Jami’(2/32), Ibnu Hazam dalam Usulul Ahkam (6/149) dan Al-Falani halaman 72.
[5] Dikalangan Ulamak Mutaakhir perkataan ini popular dinisbahkan kepada Imam Malik, Ibnu Abdul Hadi menyatakan ianya sohih dalam kitab Irsyad As-Salik (1/227). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abdul Bar dalam Al-Jami’ (2/291), Ibnu Hazm dalam Usulul Al-Ahkam.
[6] Muqaddimah kitab Al-Jarhu Wa At-Ta’dil karangan Ibnu Abi Hatim halaman 31-32 dan diriwayatkan secara lengkap oleh Al-Baihaqi dalam kitab Sunan-nya (1/81)
[7] Riwayat Al-Hakim dengan sanad yang bersambung dengan Imam Syafie sebagai mana yang disebut oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Damsyik (XV/1/3), I’lam Al-Muwaqi’in dan Al-Iqaz halaman 100.
[8] Al-Harawi dalam kitab Dzammil Kalam III/47/1), Al-Khatib dalam Al-Ihtijaj Bissyafie (VIII/2), Ibnu Asakir (XV/9/1), Nawawi dalam Al-Majmu’ (1/6), Ibnu Qayyim (II/361) dan Al-Falani Halaman 100.
[9] Nawawi dalam Al-Majmu’ (1/63), As-Sya’rani (1/57) ianya dinisbahkan kepada Hakim dan Al-Baihaqi dan AL-Falani halaman 107.
[10] Ucapan ini ditujukan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Adabu As-Syafie halaman 94-95, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (IX/106), Al-Khatib dalam Ihtijaj (VIII/1), diriwayatkan semula oleh Ibnu Asakir daripada Beliau (XV/9/1), Ibnu Abdul Bar dalam Intiqa halaman 75, Ibnu Jauzi dalam Manaqib Imam Ahmad halaman 499 dan Al-HArawi (II/47/2).
[11] An_nu’aim dalam Hilyah (IX/107), Al-Harawi (47/1), Ibnul Qayyim dalam Al-I’lam (II/363) dan Al-Filani halaman 104.
[12] Al-Filani halaman 113 dan Ibnu Qayyim dalam AL-I’lam (II/302).
[13] Ibnu Abdul Bardalam Al-Jami’ (II/149).
[14] Ibnu JAuzi halaman 142.
Untuk apa manusia berfikir!
Untuk apa manusia berfikir!
Untuk kita mengenal siapa Sang Khaliq makhluk-NYA.
Untuk kita mengenal Punya tempat bergantung.
Untuk kita tahu punya tempat mengadu.
Untuk kita tahu Cinta yang Kudus itu Cinta Allah.
Indah! Cinta paling Agung dari Allah SWT.
Dalam al-Quran berulang kali disebut untuk menggesa manusia berfikkir " Moga-moga kamu berfikir" (لعلکم تتقون)
Sesungguhnya, Allah SWT kurniakan akal untuk manusia berfikir, kerana beza manusia dan haiwan adalah keupayaan untuk berfikir. Bezanya haiwan juga dikurniakan otak, tapi tidak mampu berfikir seperti manusia. Maka beruntunglah manusia!
Subscribe to:
Comments (Atom)
